Graduan hidap kanser tahap empat berjaya terima ijazah

Oleh: Baby Nur Izzah Syahirah

Advertisements

KOTA KINABALU: Graduan Orang Kurang Upaya (OKU) dan pejuang kanser, Rosdy Latif, 44, berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi) di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-23, kelmarin.

Ketika ditemui, beliau meluahkan rasa syukur kerana dapat menamatkan pengajian dan mengikuti konvokesyen pada tahun ini.

Rosdy yang merupakan pelajar Pusat Luar UMS (PLUMS) telah memulakan pengajiannya pada tahun 2014 dan disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat serta berstatus OKU kategori fizikal.

“Saya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat pada tahun 2019. Namun, saya tidak menangguhkan pengajian dan tetap meneruskan pengajian saya selama lima tahun.

“Saya juga berstatus OKU yang memerlukan bantuan tongkat untuk membantu pergerakan saya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau diberikan cuti khas selama dua tahun dan mengambil peluang tersebut untuk belajar dan menjalani rawatan dengan membahagikan masa sebaiknya.

“Sepanjang pengajian saya di UMS, pihak universiti sangat mengambil berat tentang keadaan saya dan memberikan sumbangan dana perubatan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar.

“Saya juga tidak bermasalah untuk berada di kampus ini kerana kemudahan di kampus ini adalah mesra OKU,” katanya.

Bapa kepada dua orang anak itu berkata, beliau masih menjalani rawatan susulan dari segi ubat-ubatan yang menelan belanja lebih kurang RM16,000 sebulan.

Untuk rekod, keperluan dan kebajikan pelajar OKU di UMS menjadi keutamaan universiti tersebut menerusi Pusat Pengurusan OKU (PPOKUMS) yang menyediakan khidmat sokongan dan kemudahan kepada mereka.

Kemudahan asas seperti tandas OKU, laluan khas dan tempat letak kereta khas serta kemudahan peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) seperti penyediaan kubikel, bahan bacaan dalam huruf braille, dan bantuan sokongan sosial untuk mencari bahan rujukan disediakan untuk golongan istimewa ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles