SLDB Peruntukkan RM1 Juta Laksana Program Agri-Perintis Hidroponik

KUNDASANG: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) memperuntukan sejumlah RM1 juta bagi melaksanakan Program Agri-Perantis Hidroponik r melibatkan generasi kedua komuniti penerokanya.

Advertisements

Pengurus Besar SLDB, Encik Syaheddrul R Joddari berkata, Pro-App merupakan salah satu usaha untuk mengangkat komuniti yang merupakan agenda utama dalam konsep pembangunan luar bandar yang diterajui oleh SLDB.

Katanya, Pro-App dilaksanakan bersama rakan strategik SLDB iaitu Kundasang AquaFarm (KAF) untuk memberikan latihan pertanian jangka panjang agar peserta boleh mengusahakan pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.

“Program ini juga memberi peluang kepada peserta dan peneroka untuk merasai pengalaman bertani secara moden, disamping memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian”, katanya pada Majlis Perasmian dan Pelancarkan Pro-App Komuniti SLDB di Kg. Mesilou, Kundasang pada Khamis.

Pengerusi SLDB, Datuk Abdul Ghani Yassin merasmikan program itu.

Syaheddrul berkata, program itu juga bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peserta dan peneroka yang terjejas disebabkan program penanaman semula, disamping untuk menempuh cabaran ekonomi selepas pandemik COVID-19.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyalurkan dana sebanyak RM1 juta kepada SLDB bagi melaksanakan Program Agri-Perantis Hidroponik, tahun ini.

“Seramai 30 orang telah dipilih menyertai projek perantis ini dan mereka kini sedang menjalani kursus dan praktikal selama sebulan bermula 13 Jun 2022 di Pusat Latihan Kundasang AquaFarm”

“Program Latihan Penanaman Hidroponik ini akan dijadikan sebagai platform untuk memilih pelatih program yang layak untuk diberikan dana untuk melaksanakan program Tanaman Hidroponik di lokaliti masing-masing. Sepanjang pelaksanaan program, pihak SLDB dan KAF akan memberikan khidmat nasihat, pemantauan dan jaminan beli balik produk”, tegasnya.

Beliau berkata, daripada 30 peserta yang dipilih, 4 daripadanya daripada kawasan Nabawan, Sinau (8 peserta), Tuawon (6), Sumatalun (2), Kabintaluan (2) Bombong (3) dan Bingkor (5).

Syaheddrul berkata, selepas latihan selama sebulan, 25 pelatih terbaik akan diberi geran untuk melaksanakan program ini, termasuk satu set lengkap peralatan dan perkakasan tanaman hidroponik.

“Saya amat positif dan berbesar hati sekiranya kesemua 30 peserta terpilih.SLDB bersedia menyumbangkan 5 unit lagi peralatan menggunakan dana dalaman bagi memastikan lebih ramai peserta menerima manfaat”, tegasnya.

Katanya, SLDB sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab sosio korporat terhadap masyarakat terutama peneroka dan peserta SLDB itu sendiri.

Menurut beliau, SLDB akan terus mengekalkan prestasi cemerlang dari masa ke semasa demi untuk mensejahterakan komuniti luar bandar terutama dikalangan peneroka dan peserta SLDB.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kundasang Aquafarm, Encik Azizul Julirin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles