Pesta Tagunggu kembali memeriahkan Daerah Kecil Paitan

BELURAN: Penganjuran kali ke-13 Pesta Tagunggu kembali memeriahkan Daerah Kecil Paitan bagi menampilkan budaya warisan etnik suku kaum Sungai.

Advertisements

Pesta itu yang diadakan semalam di Pentas Rakyat Pejabat Daerah Kecil Paitan dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.

Penganjuran pesta itu sejak 2006 atas inisiatif Ahli Parlimen Beluran yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Pelbagai acara pertandingan diadakan pada pesta tersebut iaitu pertandingan tagunggu gabungan alat muzik kulintangan,gong dan gendang, mulagu (nyanyian) dan ratu tagunggu.

Ronald ketika ditemui selepas pesta itu berkata pesta tagunggu merupakan satu program khusus bagi menampilkan budaya warisan etnik kaum Sungai di daerah kecil Paitan.

“Ini merupakan wadah dan program bagi mereka mempamerkan keunikan dan menurunkan seni budaya kepada generasi muda..sudah tentu ia disambut dengan meriah.

“Pelbagai program diolah untuk mempamerkan budaya warisan dari segi muzik, tarian dan nyanyian dikalangan masyarakat etnik Sungai di daerah kecil Paitan,” katanya.

Beliau berkata etnik Sungai ramai di kawasan Paitan, Kota Marudu dan Pitas tetapi ramai di Paitan dengan penganjuran pesta tagunggu tertumpu di daerah kecil Paitan.

Hadir sama pada majlis perasmian Pesta Tagunggu itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut Datuk James Ratib, ADUN Labuk Samad Jambri dan ADUN Telupid Jonnybone Kurum dan Pegawai Daerah Beluran Roger Apolonius.

Pertandingan Tagunggu dimenangi kumpulan kebudayaan dari Kampung Muanad, manakala Genevi D Yakobos dari Kampung Muanad dinobatkan Ratu Tagunggu edisi 2022.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles