Semangat Kekitaan wajar diteruskan untuk jayakan program kemasyarakatan

KOTA BELUD: Semangat kekitaan dalam mengadakan apa juga program harus diteruskan oleh semua ahli masyarakat.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, budaya saling menyokong dan bersatu dalam apa juga aktiviti wajar diteruskan sampai bila-bila.

“Hanya dengan kesatuan sahaja maka segala apa yang dirancang akan menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan di Dewan Kampung Lasau Lama, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Demis Rumanti, dan mantan Wakil Rakyat Kadamaian, Jeremy Malajad.
Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berkata, biarlah terserlah pengertian Kaamatan ini secara mendalam, walaupun secara umumnya telah pun melabuhkan tirai pada 31 Mei lalu.

“Matlamat dan tujuan kita jelas, kehadiran penduduk ke perayaan Kaamatan juga sudah ramai orang boleh datang, maka tidak hairanlah selama dua tahun kita bergelumang dengan Pandemik COVID-19, rakyat amat merindui Kaamatan,” katanya.

Justeru beliau mengajak semua yang hadir agar memperbaharui semula semangat Kaamatan demi memartabatkan budaya dan bahasa ibunda di mata dunia.

Beliau turut menyeru kepada golongan muda agar tidak melupakan budaya warisan nenek moyang mereka agar tidak hilang ditelan zaman.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), merangkap Pengerusi Penganjur, Nuri Simpul, menghargai para penyumbang hadiah dalam menjayakan program tersebut.p

Related Articles

253FansLike

Latest Articles