Lebih RM92 Juta Dana Bantu Usahawan Sabah Sejak 2020

SANDAKAN:  Pelbagai usaha dilakukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membantu meningkatkan produktiviti usahawan di Sabah agar lebih berdaya saing seiring tekanan ekonomi semasa.

Advertisements

 Usaha itu bukan daripada latihan dan kemahiran tetapi juga dalam bentuk suntikan dana. Malah sejak negara dilanda pandemik COVID-19 pada tahun 2020 hingga April tahun ini, lebih RM92 juta pembiayaan diperuntukkan untuk peniaga negeri itu.

Pengerusi Mara, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, melalui Program Mara Prihatin: Peace of Mind 4.0 itu bertujuan meringankan beban peminjam bantuan pelajaran dan pembiayaan perniagaan Mara khususnya kepada mereka yang terjejas akibat wabak berkenaan.

Menurut beliau, program tersebut menyediakan kemudahan kepada para peminjam untuk memperbaiki kredit pinjaman mereka dengan menjadualkan semula bayaran balik terutama bagi peminjam yang mempunyai isu tunggakan bayaran balik yang tinggi.

“Tiga inisiatif kepada peminjam pelajaran ialah penjadualan semula bayaran balik pinjaman yang lebih rendah iaitu RM100 sebulan selama setahun.
“Kedua ialah permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran Mara kepada mereka yang layak dan ketiga alternatif bayaran balik pinjaman pelajaran melalui e-Pengeluaran KWSP,” katanya.

Beliau mengesa para peminjam Mara diminta agar tidak melepaskan peluang daripada kemudahan yang dilaksanakan oleh agensi itu bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara sepanjang lebih dua tahun lalu.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis merasmikan Pelancaran Program Peace of Mind 4.0 dan Majlis Apresiasi Usahawan Mara Sabah 2022 di sini semalam.

Menurut Azizah, bagi peminjam pembiayaan perniagaan Mara pula, agensi tersebut menyediakan kemudahan Program Pemulihan Kredit melalui kaedah penjadualan dan penstrukturan semula bayaran balik atau R&R (Rescheduling & Restructuring).

“Kemudahan ini memberi peluang kedua kepada pelanggan untuk membuat bayaran dengan melanjutkan tempoh biaya sehingga 10 tahun.

 “Penjadualan Semula (Rescheduling) bermaksud penyusunan semula bayaran balik ansuran bulanan pembiayaan dalam tempoh tertentu yang ditetapkan oleh Mara sehingga 36 bulan.

“Penstrukturan Semula (Restructuring) pula bermaksud penyusunan semula bayaran balik pembiayaan yang telah ditamatkan perjanjian atas faktor keingkaran atau tamat tempoh perjanjian,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Beaufort itu berharap inisiatif berkenaan dapat membantu para peminjam mengurangkan komitmen bayaran ansuran agar dapat memperbaiki semula kedudukan kewangan syarikat mereka.

“Malah, melalui inisiatif ini mereka berpeluang menangguhkan tindakan perundangan yang sepatutnya dikenakan terhadap peminjam selain memberi peluang kedua untuk menambah baik kedudukan kredit rating dengan Mara,” jelas beliau.

Sementara itu, menyentuh mengenai majlis tersebut, Azizah berkata, Mara melahirkan penghargaan kepada usahawan yang cemerlang dalam membuat bayaran balik dengan menyampaikan Sijil Apresiasi.

Katanya, turut menerima penghargaan ialah penyewa yang berjaya, manakala Sijil Pengiktirafan diberikan kepada usahawan mengikut 5 kluster yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan Mara.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles