Perbezaan Politik Bukan Halangan Saling Menghormati Mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri

KOTA BELUD: Meskipun berbeza ideologi politik namun ia tidak menghalang pemimpin pembangkang di negeri ini untuk mengunjungi Majlis Jamuan Aidilfitri DUN Usukan yang dihoskan ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di Dewan Masyarakat Tun Said pada Ahad.

Advertisements

Menurut Salleh, antara pemimpin pembangkang yang hadir ialah Naib Presiden UPKO yang juga ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan para pemimpin Umno Kota Belud.

Para pemimpin itu merupakan antara ribuan orang ramai yang mengunjungi Majlis Jamuan Aidilfitri DUN Usukan.

Menurut pengunjung Mohd Ashpawie Mohd Yahya dari Kampung Tombol, kehadiran para pemimpin kerajaan negeri dan pembangkang membuktikan perbezaan politik bukan halangan untuk saling menghormati termasuk menyambut perayaan Aidilftri.

“Inilah keunikan budaya di Sabah…sentiasa saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata kesederhanaan dan sikap saling menerima serta menghormati antara satu sama lain amat penting dalam menghadapi pelbagai cabaran, termasuk ancaman ektremisme.

“Harapan saya agar Sabah terus menjadi contoh dan model perpaduan serta keharmonian terbaik di negara ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles