Salleh Ajak MAYA Teroka Kemungkinan Jadi Sebahagian Struktur Organisasi Yayasan Sabah

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mahu Persatuan Mantan Pelajar Tajaan Yayasan Sabah (MAYA) meneroka kemungkinan untuk menjadi sebahagian daripada struktur organisasi Yayasan Sabah bagi memantapkan peranannya dalam memartabatkan dunia pendidikan di negeri ini.

Advertisements

Beliau berkata MAYA wajar mempunyai hubungan yang baik dengan Yayasan Sabah yang selama ini berperanan memberi peluang pendidikan kepada rakyat.

“MAYA seharusnya mengambil pendekatan yang progresif dan bukan sekadar dijadikan sebagai platform untuk kembali mengenang peristiwa-peristiwa terdahulu atau nostalgia,” katanya.

Salleh yang juga ADUN Usukan dan Pengerusi Qhazanah Sdn Bhd berkata demikian ketika berucap sempena Program Jejak MAYA dan Mesyuarat Agung Khas Tahunan di sini hari ini.

Beliau juga menyeru MAYA supaya bersatu tenaga mencari dana bagi melaksanakan dan menjayakan pelbagai program yang dirancang khususnya yang berkaitan pendidikan.

Salleh berharap Yayasan Sabah akan terus menjadi penggerak pembangunan pendidikan dan membantu rakyat Sabah untuk terus melakar kejayaan.

“Selain Kolej Yayasan Sabah, Yayasan Sabah juga melakar kejayaan dengan mewujudkan Universiti Yayasan Sabah dan dalam hal ini, MAYA boleh menyumbang daripada segi idea ke arah memajukan lagi pembangunan pendidikan di negeri ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles