KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob menghadiri sambutan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Sabah di sini hari ini.
Ismail Sabri tiba di Ballroom Magellan Sutera Harbour pada kira-kira pukul 4.00 petang tadi.
Ketibaan beluau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua UMNO Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan barisan kepimpinan UMNO dan BN Sabah.
Sambutan Aidilfitri itu antara lain bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan rakyat pelbagai kaum khususnya penyokong BN.
Esok, Perdana Menteri dijadual merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sabah yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).