Kehaarmonian Penduduk kunci kejayaan program kampung – Jahid

TAMPARULI: Keharmonian dan kerjasama penduduk merupakan kunci utama kejayaan program di dalam sesebuah kampung.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, kesepakatan dan semangat saling bantu-membantu penting bagi memastikan apa sahaja program yang dirancang dapat direalisasikan.

“Kuatkan persahabatan dan kasih sayang dalam kalangan penduduk, maka sesuatu aktiviti kampung pasti terlaksana dengan jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Kampung Kayangat, di Dewan Muhibbah Kampung Kayangat, dekat sini pada Ahad.

Turut hadir Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Jilias Lintar, dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) merangkap Pengerusi Penganjur Kaamatan Kampung Kayangat, Melin Karim dan Ketua Kampung Kayangat, KK Karim Goduan.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berkata, kehadiran semua penduduk membuktikan kerjasama dan hubungan erat penduduk kampung.

“Kita harus bersyukur, kerana selepas beralih ke fasa endemik, kita akhirnya diberi kelonggaran untuk mengadakan program dalam kapasiti kehadiran ramai orang.

Terdahulu, Melin, menghargai usaha dan komitmen semua penduduk dari jauh dan dekat yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan program berkenaan.

“Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini, terutamanya para penyumbang hadiah,” kata Melin.

Antara pengisian program Kaamatan di kampung tersebut termasuklah acara tarik tali, pertandingan masakan tradisi, Unduk Ngadau, Sugandoi, tiket bertuah dan Ratu Puan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles