Waspada meskipun banyak kelonggaran SOP, Virus Covid-19 masih ada di sekeliling kita, kata Amisah

RANAU: Adun dilantik Datuk Amisah Yassin menasihatkan masyarakat setempat supaya mematuhi segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap oleh kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisements

Beliau berkata masyarakat digalakkan untuk terus berhati-hati kerana virus COVID-19 masih wujud di sekeliling ketika banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 diberikan.

“Kelonggaran semakin banyak diberikan, tapi jangan kita menganggap tidak ada lagi bahaya di sekeliling. COVID-19 masih ada dan kita tiada pilihan terpaksa hidup bersama COVID-19, oleh itu perlu berhati-hati,” katanya.

Tambah Amisah yang juga Naib Ketua Srikandi Bersatu Sabah, walaupun kelonggaran diberikan, tetapi ‘kebebasan’ itu tidak bermakna rakyat tidak lagi perlu melakukan kawalan kendiri bagi melindungi keluarga, diri sendiri dan masyarakat.

“Walaupun bebas di kawasan terbuka, tapi jika berada di kawasan sesak, saya galakkan pemakaian pelitup muka walaupun tidak menjadi kesalahan, jika tidak memakai bagi menjaga kepentingan diri serta keselamatan,” katanya semasa majlis penyerahan sumbangan raya kepada 56 golongan asnaf di Pejabat Bersatu Ranau pada Jumaat.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan beberapa kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 berkuat kuasa 1 Mei antaranya pemakaian pelitup muka di luar bangunan akan menjadi pilihan bukan lagi satu kewajipan, selain tidak wajib mengimbas aplikasi MySejahtera untuk memasuki premis.

Dalam majlis itu seramai 56 ibu tunggal, warga emas dan keluarga daif menerima sumbangan bakul makanan dan duit raya.

Sepanjang bulan Ramadan ini Srkandi Bersatu Ranau telah menyantuni golongan kurang bernasib baik di sekitar kawasan ranau.

Beliau yang juga Ketua Srikandi Bersatu bahagian Ranau memberitahu sepertimana perayaan-perayaan lain contohnya Pesta Kaamatan, Tahun Baru China, Deepavali kali ini golongan kurang bernasib tidak dilupai untuk menerima sumbangan sempena bulan Ramadan ini.

Beliau meminta pertubuhan bukan kerajaan atau NGO untuk menjadikan aktiviti membantu golongan kurang bernasib baik tidak terhad kepada perayaan tertentu sahaja ini sebagai budaya sepanjang tahun.

“Kita sememangnya gembira dengan budaya beramal dengan penganjuran begitu banyak program bagi menyalur bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal, asnaf, oku dan warga emas” ujar beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles