BADAN KEHAKIMAN MESTI BEBAS SEPANJANG MASA

KOTA KINABALU: Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa “apa yang berlaku dalam beberapa hari ini yang membabitkan tohmahan terhadap hakim dan Badan Kehakiman agak keterlaluan”.
Majlis Presiden mengingatkan bahawa Perkara 4.1 di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan menyatakan dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan perlu “memastikan terlaksana sepanjang masa kebebasan badan kehakiman”. Maka Pakatan Harapan mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan Badan Kehakiman.
Oleh itu, kami menggesa agar Kerajaan Persekutuan memastikan MoU ini terus terlaksana dengan menjamin bahawa agensi-agensi penguatkuasaan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan serta sentiasa menghormati prinsip kebebasan Badan Kehakiman.
Amatlah jelas, Badan Kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara hukum dan sistem demokrasi yang diterima, dipercayai serta diyakini rakyat.

Advertisements

Kenyataan Bersama –

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)

Loke Siew Fook, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Related Articles

253FansLike

Latest Articles