Pasukan Barisan Hadapan Dihargai

 
KOTA KINABALU: Adun Dilantik Datuk Amisah Yassin telah meluangkan masa untuk berkongsi kegembiraan dan keberkatan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi dengan pasukan keselamatan dan petugas barisan hadapan.
 
Dalam pertemuan itu, beliau berharap semoga dengan sumbangan itu akan memberi keberkatan dan sedikit sebanyak mampu menyuntik rasa kebersamaan dalam tugasan dan tanggungajwab untuk terus berkhidmat kepada negeri dan negara.
 
“Peranan serta komitmen pasukan keselamatan dan petugas kesihatan dalam menjaga keamanan negeri itu sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara terutama dalam memerangi pandemik Covid-19,” katanaya.
 
Beliau berkata demikian selepas penyerahan sumbangan kuih raya di Ibu Pejabat Polis Ranau dan Hospital Ranau di sini hari ini.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles