Bazar Ramadan KKIA dibuka sepanjang Ramadan

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalamb mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini petang kelmarin.

Advertisements

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) telah berkunjung ke 33 gerai jualan yang menjual makanan, minuman dan kraftangan tempatan.

Beliau berkata, ini memberikan peluang kepada para usahawan tempatan untuk menjana pendapatan yang lebih.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri, Mohd. Tamin Zainal; Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin; Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tseu Kei Yue; dan para pegawai lain.

Bazar Ramadan ini turut dihadiri Duta Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah, Maya Hejnowska.

Program Bazar ini merupakan kerjasama antara MID, DIDR, SEDCO, SEDCOVEST dan Malaysia Airport Berhad (MAB).

Dr. Joachim mengucapkan tahniah atas penganjuran program ini dan menjemput orang ramai berkunjung ke bazar ini yang diadakan selama sebulan sehingga 2 Mei.

Beliau juga menyeru agar rakyat Sabah terus menyokong membeli barangan buatan Sabah.

Selepas itu, Dr. Joachim turut menghadiri majlis berbuka puasa bersama para tetamu yang hadir.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles