KOTA KINABALU: Wartawan, jurugambar dan penerbit dari media cetak, elektronik dan atas talian (online) di Sabah dan Labuan kini boleh menghantar penyertaan untuk Kinabalu Press Awards (KPA) 2022 bermula hari ini.
Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar berkata, tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 Mei 2022.
Beliau berharap, tahun ini SJA sekali lagi dapat menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang terus memberi sokongan terhadap penganjuran KPA sebagai acara tahunan untuk menghargai kecemerlangan media.
“Jawatankuasa penganjur KPA akan membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri dalam masa terdekat untuk menjemput beliau sebagai tetamu kehormat sempena majlis anugerah itu. Tarikh dan tempat acara berkenaan akan diumumkan kelak.
“Pihak Petronas and Shell Sabah juga komited untuk menjadi penaja utama bagi penganjuran KPA 2022.
“Kami amat berterima kasih atas sokongan pihak penaja memandangkan SJA sebagai penganjur dan begitu juga di Sabah serta seluruh negara terus berusaha untuk memulihkan keadaan dari pandemik COVID-19,” katanya.
Tahun lepas, SJA kembali menganjurkan semula majlis KPA selepas berehat selama setahun pada 2020.
Sehubungan dengan itu, Muguntan menggalakkan para wartawan dan jurugambar dari media cetak, penyiaran serta atas talian untuk menyertai pertandingan ini bagi mengiktiraf dan menghargai mereka yang terbaik dalam bidang media.
Semua penyertaan hendaklah dihantar melalui pautan:
Syarat dan peraturan KPA 2022 boleh diperoleh daripada Jawatankuasa SJA dalam tempoh penyertaan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi jawatankuasa penganjur SJA di talian 019-8508059 (Aisyah) atau 012-345 5696 (Ricardo).
Butiran mengenai kategori, hadiah dan peraturan turut dilampirkan.