KPLB Sabah Angkat Isu Kenaikan Harga Bahan Binaan Rumah PPRT ke peringkat KPLB Pusat

244

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, kementerian beliau telah mengangkat soal kenaikan harga material bagi pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.

“Tidak dinafikan bahawa harga material meningkat, dan kita telah mengangkat perkara ini kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan untuk dikaji harga itu, kerana fakta telah menyatakan dengan jelas, harga memang sudah meningkat,”.

Katanya, mutakhir daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, beliau difahamkan harga itu sedang diputuskan di peringkat kabinet.

“Kita akan maklumkan kepada pihak Wakil-Wakil Rakyat tentang perkembangan seterusnya apabila diketahui nilai yang diputuskan nanti.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan, Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sini hari ini.