BMU FC Ladies Muncul Juara Futsal Wanita MSL Bahagian Keningau

KENINGAU: Pasukan BMU FC Ladies muncul juara kejohanan Futsal kategori wanita Malaysia Sports League peringkat bahagian Keningau.

Bagaimanapun, BMU FC Ladies terpaksa berhempas pulas sebelum mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Mixed Team pada perlawanan akhir kejohanan itu yang diadakan di Patikang Futsal Keningau baru-baru ini.


Kejohanan itu dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri.

Ketua pasukan BMU FC Ladies, Felly Tay berkata beliau gembira dengan semangat juang yang dipamerkan oleh para pemain BMU FC Ladies sehingga menjuarai kejohanan tersebut.

“Kami tidak menjangka sama sekali jadi juara. Tentu sekali kemenangan ini menjadi pemangkin untuk kami terus aktif dalam arena sukan Futsal wanita,” katanya.

Sementara itu, presiden BMU FC, Ninewjo Newmond menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada para pemain pasukan BMU FC Ladies.

“Saya amat bangga dengan pencapaian tersebut…tahniah semua,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles