Kolam Renang Kompleks Sukan Tawau Bersaiz Olimpik – Ellron

KOTA KINABALU: Kolam Renang Kompleks Sukan Tawau yang siap dibina pada 28 Disember tahun lepas memenuhi spesifikasi kolam renang bersaiz Olimpik

Advertisements

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin, bagaimanapun, berkata kolam renang itu belum mencapai status atau ciri-ciri bertaraf Olimpik,

“Kolam tersebut dibina mengikut spesifikasi kolam renang bersaiz Olimpik seperti yang digariskan oleh badan renang antarabangsa iaitu International Swimming Federation atau (FINA),” katanya.

Ellron berkata demikian ketika menjawab soalan Rina Haji Jainal [Kukusan] pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Isnin.

Beliau berkata antara kemudahan di kolam renang itu ialah Kolam Pertandingan (Competation Pool) dan Kolam Kanak-kanak (Children Pool).

Menurut Ellron Kolam Pertandingan bersaiz Olimpik berkenaan boleh digunakan untuk tujuan latihan dan penganjuran kejohanan sukan renang peringkat negeri atau kebangsaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles