Persediaan Jentera BN Perlu Diutaamakan Sebelum PRU15

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata persediaan jentera BN perlu menjadi keutamaan sebelum berhadapan Pillihanraya Umum (PRU) ke-15

Katanya PRU ke-15 merupakan peperangan besar dalam politik selepas kekalahan Barisan Nasional pada Pru-ke 14.

“Sama ada cepat atau lambat PRU tetap akan berlaku , perkara pokok yang menjadi keutamaan kita ialah tahap kesiapsagaan jentera PRU,bukan seperti berhadapan Pilihanraya Negeri (PRN) atau Pilihanraya Kecil (PRK) semua jentera berkumpul di satu kawasan , PRU pula lebih berskala besar memerlukan persediaan yang lebih terperinci bagi memastikan Umno/Barisan Nasional kembali mendapat mandat rakyat,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden Umno Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akur kepada pilihan akar umbi dimana sebanyak 186 bahagian daripada 190 bahagian yang telah bermesyuarat bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas pilihanraya umum.

Zahid dalam ucapan dasarnya berkata keputusan tersebut bukan keputusan beliau sendiri ianya diputuskan oleh akar umbi dalam mesyuarat bahagian masing-masing dan sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa pemilihan parti diadakan selepas PRU yang sudah bertahun-tahun ia diamalkan.

“Adakah wajar kita mengubah tradisi ini? Janganlah kita memakai kasut sebelum menyarung stokin,” jelas Zahid.

Menurut Bung, Mesej Zahid dalam ucapan dasar tersebut jelas agar jentera BN di semua peringkat perlu memperkukuhkan jentera parti ,gerak kerja yang tersusun dan rapi bagi mempastikan kemenangan BN pada PRU ke-15

Jelas Bung misi utama sekarang ialah bagi mempastikan kemenangan BN dalam PRU ke-15 bagi mengemudi pentadbiran negara selepas kegagalan dua kerajaan sebelum ini Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional gagal mengwujudkan kestabilan politik ekonomi negera terjejas dan kebajikan rakyat terabai.

“Jika kita mengadakan pemilihan parti sebelum PRU ke-15 kita bimbang akan berlaku perpecahan dalaman parti sehingga menjejaskan persediaan dan tumpuan untuk untuk menghadapi PRU,” katanya.

Bung berkata buat masa ini perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah meneliti semua perkara berkaitan termasuk sentiman rakyat.

“Sekiranya kita (BN) sudah bersedia PRU boleh disegarakan bila tarikhnya terserah kepada budi bicara Perdana Menteri setelah berunding secara dalam bersama majlis kerja tertinggi Umno untuk meminta perkenan Yang di pertua Agong,” katanya.

Mengenai penjenamaan dan penstrukturan BN bagi menghadapi PRU ke-15 Bung berkata ianya satu pendekatan bijak dengan memberikan tawaran yang lebih komprehensif kepada rakyat selaras dengan perkembangan semasa bagi mempastikan BN kekal relevan di hati rakyat.

“Saya bersetuju dalam memasarkan jenama BN kita perlu membuka ruang kepada lebih ramai anak muda untuk menyertai gelanggang politik kerana kita perlu akui dalam PRU ke-15 kita akan berhadapan dengan pengundi 18 tahun jadi pendekatan kita perlu memenuhi aspirasi golongan ini agar mereka bersama dalam perjuangan BN,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles