KOTA KINABALU: Bekas Menteri Kebajikan Sabah dan Adun Kiulu Toh Puan Rahimah Stephens meninggal dunia, pagi ini.
Rahimah, 92, isteri bekas Ketua Menteri Sabah pertama dan Yang di-Pertua Negeri Sabah ketiga, Tun Mohd Fuad Stephens dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini akibat serangan jantung.
Rahimah dilahirkan pada 22 Oktober 1930 di Beaufort, Sabah.
Allahyarham pernah menjadi ADUN kawasan Kiulu, Tuaran, Sabah.
Pada tahun 2011, beliau dinobatkan sebagai “Tokoh Mubarak 2011” sempena Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Ke-8 di Kota Kinabalu.
Pada 1961, beliau menjadi Ketua Wanita Parti UNKO (kemudian dinamakan UPKO) yang ditubuhkan oleh suaminya.
Rahimah kemudian menjadi Ketua Wanita Parti Berjaya dan wakil rakyat Kiulu setelah menang dalam pilihan raya kecil Sabah.
Pada 17 Julai 1976, beliau dilantik sebagai Menteri Kebajikan dalam Kerajaan Negeri Sabah.
Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri dalam Kerajaan Negeri Sabah
Sumber-Astroawani