Sabinait di kawasan Parlimen Pensiangan Berpotensi Jadi Tarikan Pelancong – Ellron

SOOK: Kampung Sabinait yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan adat resam kaum Murut di kawasan Parlimen Pensiangan berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong.

Advertisements

Keyakinan itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin semasa mengetuai program turun padang ke kampung itu pada Sabtu,

“Kekayaan sumber semulajadi seperti hutan simpan yang masih tebal, kawasan tadahan air yang masih terpelihara, makanan tradisi, kraftangan berunsurkan budaya kaum Murut merupakan aset penting kampung ini untuk diperkenalkan kepada pelancong,” katanya kepada pemberita semasa lawatan itu.

Beliau yang juga Adun Sook berkata
pewujudan tapak pelancongan di kampung itu diyakini dapat meransang ekonomi dengan menjana pendapatan penduduk, sekaligus meningkatkan taraf hidup penduduk kampung di situ,

Bagi merealisasikan wawasan itu, Ellron bertekad untuk membawa usul itu kepada pihak berkaitan di peringkat tertinggi.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ellron menyeru penduduk kampung agar sentiasa mengamalkan minda terbuka untuk menimba ilmu, sekali gus memastikan mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Dalam program tersebut, wakil Kampung Sabinait yang juga tuan rumah Encik Alunsul Sulindang menyatakan hasrat mereka untuk mewujudkan kemudahan tempat tinggal pelancong berkonsepkan inap desa (homestay) di kampung berkenaan.

Turut hadir dalam program itu ialah Setiausaha Politik KBSS Tuan Jre Jreneus Pagut, Tuan Osman Aganduk Pengerusi Lembaga Sukan Sabah merangkap Ketua Bahagian Star Nabawan, PPM Sook Tuan Tony Talasoy, CDO Nabawan Tuan Ami Talu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles