Isteri Ketua Menteri rasmi SIWE 2022

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag merasmi Expo Usahawan Wanita Antarabangsa Malaysia Sabah (Sabah International Women Entreprenuer Expo (SIWE 2022) di Sabah International Convention Centre (SICC) dekat sini, hari ini.
Expo kali kedua itu dianjurkan oleh Persatuan Industri Kecil Sederhana Usahawan Wanita Bumiputera Sabah (IKSnita Sabah), disertai oleh kira-kira 200 pemamer dari pelbagai perkhidmatan dan produk dari Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Johor dan Terengganu dan lain-lain.
Expo selama 3 hari itu diadakan bertujuan memperkasa potensi golongan wanita sebagai usahawan bergerak maju ke depan, dalam merancakkan ekonomi keluarga dan negara, selaras dengan hala tuju “Sabah Maju Jaya”
Juliah yang juga Yang Di-Pertua MUTIARA GRS turut meluangkan masa melawat booth pameran pelbagai produk dan perkhidmatan.
Antara agensi kerajaan yang turut serta dalam expo itu ialah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Mintred Sarawak, Lembaga Pertubuhan Peladang Kedah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi), Risda, Fama dan lain-lain.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles