Jahid Menang Tanpa Tanding Ketua PBS Tamparuli

TAMPARULI: Datuk Jahid Jahim, menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tamparuli bagi penggal 2022-2025.

Advertisements

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bahagian Tamparuli tahun ini, Romeo Sindeh.

Untuk rekod, Jahid tidak pernah ditandingi jawatan itu sejak memenanginya pada tahun 2005, dan sehingga kini beliau kekal menyandang sebagai Ketua Bahagian.

Jahid, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, bertanding pertama kali sebagai Ketua Bahagian pada tahun 2005, dan menang.

Beliau mempertahankannya bagi penggal seterusnya bermula 2008, 2011, 2014, 2017 dan tahun ini 2022, tanpa ditandingi.

Selain Jahid, turut sama menang tanpa bertanding ialah Ketua Wanita Bahagian, Datin Malianah Ugau.

Manakala Ketua Pemuda Bahagian, juga dimenangi tanpa tanding oleh Timbalan Ketua Pemuda Bahagian pada penggal sebelum ini, Rizkam Yabin.

Pencalonan di peringkat Bahagian berakhir pada Selasa minggu lalu, yang menyaksikan ramai muka-muka baharu dicalonkan, terutamanya jawatan Timbalan Ketua Bahagian, sehinggalah ke jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk, Pemuda dan Wanita.

Proses pemilihan (Induk) akan dijalankan pada 20 Mac ini sempena AGM PBS Bahagian di Dewan Tun Hamdan Tamparuli.

Manakala bagi Wanita dan Pemuda pula, masing-masing akan diadakan di Dewan Tun Hamdan dan Kelab Tamparuli Sabah pada 18 Mac ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles