PRN – BN Perlu Perolehi Mandat Rakyat Kembalikan Kegemilangan Johor – Bung

j
Oleh: Jaafar Abd Wahid

ULU TIRAM: Umno dan Barisan Nasional perlu memenangi pilihanraya negeri (PRN) Johor melalui mendapat mandat yang kukuh untuk menerajui kembali kerajaan negeri Johor.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kemenangan dalam PRN kali ini akan mengembalikan kegemilangannya sebagai wadah buat rakyat bersandarkan kepada kepentingan dan kesejahteraan mereka

“Di zaman Barisan Nasional mengemudi kerajaan negeri Johor, kita melihat negeri ini adalah antara negeri yang termaju di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tinggi menjadikan johor berkembang pesat maju dan ekonominya berkembang pesat yang turut memberikan pulangan kemakmuran dan kesejahteraan untuk rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan khas jentera BN Sabah dan jentera BN Tempatan bersama calon-calon BN di sini baru baru ini.

Hadir sama Pengerusi BN Tebrau Datuk Maulizan Bujang, calon BN DUN Tiram Haji Szizul Bachok, calon BN OPutri Wanga Ng Yew Aku calon BN Johor Jaua Chan San San dan calon BN Permas Haji Baharudin Mohd Taib

Bagi menghadapi PRN kali ini, Bung yang juga Pengerusi BN Sabah mengajak jentera parti BN agar sentias fokus, usah terlalai apatah terpengaruh dengan ungkapan yang cuba mengelirukan. Segala strategi yang direncanakan haruslah tersusun dan tersisip kemas.

“Perjungan kita bukan seperti dakwaan pembangkang sebagai dahagakan kuasa sebaliknya fitrah sebagai parti politik mahu diyakini rakyat dan berjuang untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata Malaysia telah menyaksikan kegagalan kerajaan 22 bulan mentadbir negara yang akhirnya tumbang dengan sendirinya.

Malah tegas beliau, ianya diteruskan juga dengan kegagalan kerajaan 18 bulan dalam menjaga rakyat sehingga memaksa UMNO campur tangan merombak kerajaan tersebut.

“Senario yang amat berbeza berbanding UMNO dikalahkan dengan propaganda pembohongan tidak bertepi pada PRU14,” kata beliau.

Menurut Bung beliau yakin kematangan pemikiran rakyat Johor yang melihat segala propaganda pembohongan dan kegagalan pembangkang mengurus tabir negara semasa pemerintahan mereka pada PRN kali ini dan seterusnya pada PRU ke-15 nanti akan kembali bersama BN

“Kita faham dalam model kempen mereka (parti lawan) semasa PRN kali ini masih ada usaha memperlekeh kemampuan UMNO bangkit.

“Meraka enggan menerima hakikat bahawa persepsi telah berubah dan rakyat tidak lagi boleh dipermainkan dengan ilusi dan propaganda yang diulang,” ujarnya.

Jelas beliau, realitinya pada waktu ini majoriti rakyat telah pun memperakui UMNO tewas pada PRU14 lalu adalah angkara fitnah dan tipu daya.

Menurut Bung rakyat sedar segala dasar dan polisi pentadbiran oleh UMNO dan BN terserlah tepat lagi telus ke arah kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles