Karnival Sukan Medan Cungkil Bakat Baharu – Ellron

KENINGAU: Karnival Sukan, termasuk di peringkat akar umbi berpotensi menjadi medan untuk mencungkil bakat baharu dalam pelbagai acara sukan di negeri ini.

Advertisements

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Ellron Angin menyambut baik penganjuran karnival bola sepak dan sepak takraw peringkat Pedalaman Atas.

Beliau yang juga bekas pelari pecut negara berharap karnival seumpama itu dapat mengenal pasti bakat-bakat baharu yang boleh digilap dan seterusnya mewakili negeri sabah ke kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Setelah sekian lama tanpa pertandingan seperti ini, saya percaya semua anak-anak muda khususnya penggiat sukan di bahagian pendalaman atas ini sangat dahagakan peluang penyertaan seperti ini, untuk bertanding dan menunjukkan kebolehkan dan kemahiran masing-masing,” katanya.

Ellron berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian karnival bola sepak dan sepak takraw Piala Menteri Belia dan Sukan Sabah yang diadakan selama tiga hari bermula pada Jumaat di Kompleks sukan Keningau.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Tuan Putera Jali.

Karnival itu disertai 47 pasukan dari seluruh bahagian pedalaman atas yang melibatkan kira-kira 550 atlet dan pegawai.

“Saya difahamkan sukan bola sepak dan sepak takraw lelaki mendapat sambatan paling hebat dengan masing-masing menerima penyertaan 16 pasukan.

“Bola sepak wanita pula menerima penyertaan sembilan pasukan dan sepak takraw wanita dengan enam penyertaan,” katanya.

Ellron turut mengalu-alukan penyertaan kategori wanita yang amat memberangsangkan.

“Bukan mudah untuk membentuk pasukan wanita sama ada bola sepak ataupun sepak takraw, tetapi bahagian pedalaman atas ini telah membuktikkan ianya bukan mustahil untuk mereka menampilkan pasukan-pasukan wanita yang mana saya percaya, juga merupakan pasukan yang digeruni di Sabah ini.

“Selaku pencinta sukan, saya sangat berbesar hati dan terharu dengan semangat tinggi yang ditunjukkan,” katanya,

Related Articles

253FansLike

Latest Articles