Program Felo SMJ Dekatkan Generasi Muda Aspek Pentadbiran Negeri – Ellron

KOTA KINABALU: Program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) menjadi pembuka mata kepada generasi muda untuk memahami susur galur aspek pentadbiran dan prosedur di sebalik penggubalan dasar kerajaan. secara holistik.

Advertisements

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata program felo itu juga menjadi platform kepada belia untuk berkhidmat dan menyumbangkan idea secara terus kepada ahli jemaah menteri.

“Lebih 1,000 permohonan felo SMJ telah diterima melibatkan belia seluruh negeri Sabah.Setelah melalui tiga peringkat tapisan hanya 24 orang yang telah terpilih sebagai barisan Felo SMJ Kohort 1 bagi tahun 2022.

“Kesemua 24 orang felo ini masing-masing akan ditempatkan di bawah 12 Kementerian kerajaan negeri Sabah selama 6 bulan tempoh perkhidmatan yang telah bermula sejak bulan Februari 2022 hingga Ogos 2022,” katanya.

Ellron berkata demikian dalam kenyataannya selepas majlis penyerahan watikah pelantikan FELO SMJ di Kota Kinabalu.

Majlis Penyerahan Felo itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ellron berkata program Felo SMJ itu merupakan satu inisiatif baharu kementerian bagi merealisasikan kelompok belia yang berkemahiran aras tinggi sebagai peneraju kepimpinan di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles