Kerja-Kerja Penurapan Semula Jalan Raya KK-Sandakan sektor Ranau kini dalam pelaksanaan – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Kerja-kerja penurapan semula jalan yang melibatkan Kota Kinabalu Sandakan di daerah Ranau iaitu di CH49:300 dan CH 51: 400 sedang dalam pelaksanaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, kemajuan perlaksanaan kerja kerja penurapan tersebut berjalan lancar dan kemajuan terkini perlaksaannya kini dalam lima puluh peratus sudah dilaksanakan.

“Kita menjangkakan ianya akan siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Mac ini,” katanya dalam hantaran beliau di Halaman Sosial (FB) milik beliau kemarin.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya kerajaan khususnya kementerian beliau amat cakna dan prihatin dengan rungutan pengguna sebelum ini mengenai keroskan tersebut.
“Pihak konsesi yang bertanggungjawab terhadap laluan ini telah mengambil tindakan sebagaimana arahan yang kita keluarkan sebelum ini,” tambah Bung.

Dalam perkembangan yang sama, Bung berkata penurapan jalan di daerah Telupid di CH 142.600 dijangka akan dimulakan bermula pertengahan bulan Mac ini.
“Jalan ini juga mendapat rungutan dari para pengguna dan pihak konsesi yang dilantik telah mengambil maklum untuk mengambil tindakan menurapnya semula,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles