Beberapa inisiatif dilaksanakan untuk bantu penduduk Pulau Sebatik

TAWAU: Beberapa inisiatif sedang diusahakan bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat di Pulau Sebatik, di sini, berikutan pelbagai masalah infrastruktur yang mereka hadapi.

Advertisements

Penasihat Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah, Datuk Bacho Jansie berkata, beliau telah turun meninjau kawasan pulau dan perkampungan yang memerlukan bantuan di daerah itu.

“Saya mendengar dan melihat sendiri masalah yang dihadapi rakyat di kawasan ini yang perlu dibantu terutama di kawasan Pulau Sebatik ini.

“Antara yang dihadapi rakyat termasuk masalah infrastuktur, pengangkutan bot, pembangunan dari segi ekonomi dan juga membaik pulih semula jalan-jalan raya di kawasan ini,” karanya dalam lawatannya di Pulau Sebatik, semalam.

Katanya lagi, bagi mewakili kerajaan negeri, beliau akan membantu rakyat di daerah berkenaan dengan menyalurkan bantuan yang diperlukan.

“Lawatan saya ini selaras dengan misi kerajaan iaitu Sabah Maju Jaya. Pihak kami tekad untuk bekerja keras dalam membantu serta menyelesaikan masalah rakyat yang dihadapi bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Terdahulu, lawatan itu turut dihadiri Presiden Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Datuk Fadli Fathullah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles