FAMA Siapsiqga Pasukan Sokongan Tindak Balas Kecemasan FAMA

PORT DICKSON, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) meneruskan kursus CDERT FAMA yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bencana khususnya dalam kalangan kakitangan FAMA.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata selaras dengan Kerangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana Tahun 2015-2030 (Sendai Framework for Disaster Risk Reduction) yang disepakati oleh 187 negara, menekankan bahawa pengurangan risiko bencana merupakan tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama dengan semua pihak berkepentingan, membudayakan latihan secara bersepadu, terencana dan berkesinambungan.
Dr Ronald berkata usaha MAFI melalui FAMA dalam melaksanakan CDERT adalah bertepatan dan seiring dengan semangat Keluarga Malaysia yang dapat dilihat bahawa tugas serta tanggungjawab dalam menghadapi bencana tidak hanya terletak kepada pasukan penguatkuasa semata-mata.
FAMA juga telah diperuntukan dana sebanyak 30 juta ringgit di bawah peruntukan Program Rangsangan Ekonomi (PRE) bagi melengkapkan kemudahan logistik dan pusat penyimpanan FAMA di seluruh negara. Kelengkapan seperti kemudahan ruang penyimpananbagi hasil pertanian segar dan proses, kemudahan bilik sejuk dan kenderaan FAMA telah berjaya memantapkan lagi usaha Kerajaan dalam menjamin bekalan makanan negara.
FAMA turut dilantik dan diberi tanggunggjawab sebagai penyedia kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk disalurkan ke seluruh negara apabila berlaku sesuatu bencana.
“Atas dasar ini, kakitangan FAMA perlu dilatih dan diberikan kemahiran untuk membantu jabatan dan agensi berkuasa awam berkaitan dalam menyalurkan bantuan dan memberikan pertolongan kecemasan kepada kumpulan sasar yang terlibat. Latihan ini juga merupakan salah satu elemen yang dapat meningkatkan mutu penyampaian peranan FAMA sebagai agensi pelaksana dalam pemantapan jaminan bekalan makanan semasa krisis dan bencana,” jelas Dr Ronald.
CDERT FAMA telah dilaksanakan secara bersiri dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bagi siri pertama telah bermula pada 29 November 2021 dengan seramai 44 orang kakitangan FAMA telah menjalani latihan asas pertahanan awam selama 56 jam di Institut Latihan FAMA, Port Dickson. Diikuti siri ke-2 dengan penyertaan seramai 34 orang dan kini siri ketiga diadakan dari 13 hingga 18 Februari 2022 dengan penglibatan seramai 163 orang. Secara keseluruhan seramai 241 orang kakitangan FAMA telah menganggotai CDERT FAMA ini. Melangkah kehadapan, seramai seribu kakitangan akan menganggotai CDERT FAMA ini pada awal tahun 2023.
FAMA sentiasa bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada APM bagi sebarang misi bencana dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan FAMA serta mengalu-alukan panggilan dari APM sekiranya terdapat kakitangan FAMA yang layak untuk menyertai misi bencana bagi memanfaatkan ilmu dan latihan yang telah diperolehi. Simbolik penyampaian watikah pelantikan dan pelancaran CDERT FAMA telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Hj. Abd Latiff Bin Hj. Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Terdahulu, Datuk Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA telah dianugerahkan pangkat Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang membawa gelaran sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) pada 24 Mac tahun lalu.
Turut hadir, Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA dan Tuan Aminurrahim Bin Mohamed, , Ketua Pesuruhjaya APM.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles