BN/UMNO Sabah Sedia Galas Tanggungjawab Pastikan Kemenangan Calon BN di Pasir Gudang, Tebrau – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

JOHOR BAHARU: Barisan Nasional/Umno Sabah bersedia manggalas tanggungjawab sebagai negeri angkat untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tiram dan DUN Putri di kawasan Parlimen Tebrau ,DUN Permas dan Johor Jaya di Parlimen Pasir Gudang dalam PRN Johor yang akan diadakan pada 12 Mac depan.

Pengerusinya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata BN/UMNO Sabah telah diberikan tanggungjawab untuk membantu jentera parti tempatan berkempen di kawasan yang terlibat yang beliau anggap sebagai satu cabaran, namun yakin semangat serta strategi serta gerak kerja kempen yang tersusun empat DUN ini akan dapat di tawan semula pada PRN Johor kali ini.

” Kita tidak perlu melihat keputusan PRU ke-14, kerana ketika itu fikiran rakyat telah dipesongkan dengan pelbagai fintah ,proganda pembangkang antaranya Isu MDB,GST dan lain-lain namun setelah 22 bulan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional memerintah,rakyat secara keseluruhan telah melihat dan merasa apa yang telah dilaksanakan oleh kedua dua kerajaan ini bukan sahaja gagal membangunkan negara malah , gagal menunaikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat ” katanya ketika ditemui selepas majlis Taklimat dan Penyerahan Negeri Angkat Jentera BN PRN Johor bagi pusat operasi Zon Selatan di sini malam kemarin.

Majlis tersebut di Sempurnakan oleh Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Datuk Sri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno yang juga Pengarah PRN Johor Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presdein UMNO yang juga Pengerusi BN Pasir Gudang Datuk Mohamed Khaled Nordin Setiausaha BN Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir,Setiausaha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Besar Johor yang juga Ketua Penyelarasn PRN Johor Datuk Hasni Muhammad dan pengerusi BN Tebrau Datuk Maulizan Bujang.
Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah selain itu cabaran pematuhan SOP menyukar pergerakan jentera selain cabaran pengundi baharu yang terdiri dari remaja 18-21 tahun yang memerlukan makanisme serta pendekatan yang sesuai bagi menarik sokongan dari pengundi yang buat pertama kalinya mengundi pada PRN Johor kali ini.
” Kita (jentera BN/Umno sudah bersedia menghadapi cabaran itu, ini termasuklah media sosial sebagai floffrom mendekati mereka” katanya

Dalam pada itu Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi 400 jentera BN/UMNO dari Sabah yang akan berkampung selama dua minggu di sini akan membantu jentera tempatan untuk berkempan.
” Kita akan membantu dari belakang ini kerana jentera tempatan lebih memahami isu-isu tempatan yang ada di sini” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung mengingatkan jentera dari Sabah agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan selain menjaga tata susila semasa berkempen .

Related Articles

253FansLike

Latest Articles