Gee: Laksanakan IC Sabah dahulu

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah harus menumpukan pada pelaksanaan IC Sabah bagi memperkukuh dan menjamin hak rakyat dan identiti Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963, kata Gee Tien Siong.

Advertisements

“IC Sabah adalah satu-satunya penyelesaian untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin Sabah, masalah kewarganegaraan yang meragukan dan pengundi hantu yang dicipta melalui Projek IC yang terkenal.

Beliau berkata Pas Sementara Sabah (PSS) yang dicadang oleh kerajaan Warisan sebelum ini dan kini cadangan Kad Khas terbaru adalah serupa hanya wain lama dalam botol baharu untuk menyelesaikan pendatang tanpa izin.

Gee, Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata undang-undang sedia ada sudah cukup untuk menangani masalah pendatang tanpa izin (haram) di Sabah. Situasi hari ini terjadi adalah kerana kurangnya kemahuan politik oleh kerajaan persekutuan dan kehilangan autonomi Sabah.

“Sebenarnya, ramai rakyat Malaysia dari negeri lain berpindah ke Sabah, sepanjang 30 tahun lalu, dan mereka memerlukan IC Sabah.

“Ramai orang asli Sabah masih tidak mempunyai nama dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mereka perlukan IC Sabah juga. Mengapa pendatang tanpa izin ini diletakkan sebagai pusat tumpuan mereka sedangkan ramai rakyat Malaysia di Sabah diabaikan?” Gee menyoal.

Gee berkata, walaupun beliau tidak memenangi kerusi Luyang pada pilihan raya negeri yang lalu pada 2020, beliau tidak pernah melupakan prinsip SAPP, partinya. SAPP berpegang pada prinsipnya untuk menyokong penguatkuasaan dan pengusiran pendatang tanpa izin,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles