KOPDESA satu-satunya koperasi dari Sabah terpilih menyertai Bengkel anjuran ANGKASA

TUARAN: Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad (KOPDESA) telah menyertai Bengkel Pemasaran Produk dan Pengurusan Kewangan Koperasi anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) awal Februari lalu di Hotel Tamu Kuala Lumpur.

Advertisements

Pengerusinya, Ireline Damit, berkata, KOPDESA menjadi satu-satunya koperasi dari Sabah yang terpilih menyertai bengkel tersebut.

“Justeru, pihak koperasi ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana dengan rekomendasi ini, maka KOPDESA juga mulai dikenali di peringkat ANGKASA Pusat,” katanya.

Pada bengkel selama tiga hari tersebut, beliau (Ireline) hadir bersama Bendahari KOPDESA, Yatau Ubin, mewakili KOPDESA.

Untuk rekod, bengkel itu telah disertai sebanyak 25 koperasi dari seluruh Malaysia.

Antara objektif program adalah, memahami kepentingan penyediaan pelan pemasaran untuk perniagaan koperasi, menganalisa pasaran produk, menyediakan strategi pemasaran berkesan, dan menghasilkan pelan pemasaran yang akan digunapakai selepas bengkel bagi meneruskan perniagaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles