Sengsara Capaian Internet, Derita Berpanjangan buat Sabah – Rudy

 
KOTA KINABALU: Kisah Veveonah Mosibin, seorang pelajar universiti yang terpaksa memanjat pokok untuk perkhidmatan internet, menjadi pembuka mata kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) dan kerajaan kerana ia menunjukkan jenis capaian internet yang Sabah perolehi.

Tetapi memandangkan lebih tumpuan diberikan untuk mempertingkatkan perkhidmatan internet di kawasan luar bandar, mereka yang berada di kawasan separa bandar dan bandar berkata perkhidmatan itu sama buruknya, jika tidak lebih teruk daripada apa yang diperoleh rakan sejawat luar bandar mereka.

Dengan ratusan ringgit dibelanjakan untuk perkhidmatan tanpa had dan data mudah alih kepada penyedia internet setiap bulan, malah pekerja syarikat Komunikasi sendiri mengakui perkhidmatan itu tidak berada pada potensi tertingginya.

Berdasarkan pemerhatian dan pelbagai aduan yang diterima soal internet ini adalah penderitaan berpanjangan yang seolah-olah tiada titik penyelesaian – daripada perkhidmatan yang lemah, kelajuan internet yang perlahan dan blind spots berikutan kedudukan geografi sehingga lah perkhidmatan sifar yang diberikan oleh ISP tempatan.

Menurut laporan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, 51 daripada 538 tapak menara baharu yang dirancang telah siap, bagi menaik taraf stesen pemancar 3,500 disasarkan untuk dinaik taraf dan 2,041 telah siap.

Seterusnya bagi gentian optik bagi premis-premis tersedia, 81,268 daripada 251,165 dilaporkan siap manakala manakala bagi jalur lebar satelit perancangan untuk dibina di Sabah adalah 138. Malangnya buat Sabah, selepas hampir 60 tahun, rakyatnya perlu menunggu lagi 20 tahun untuk menikmati capaian internet yang mereka layak.

Kerajaan persekutuan juga menyasarkan untuk memastikan 30,000 daripada 251,000 premis mempunyai gentian optik dipasang menjelang tahun depan, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Ini merupakan perancangan yang baik di samping pelan sedia ada seperti JENDELA.

Kedaulatan Negara

Pun begitu, perancangan yang baik perlu disertai dengan pelaksanaan yang turut mendahului kepentingan rakyat dan nasional berbanding permintaan korporat semata-mata. Sebagai sebuah negeri yang tidak asing dalam soal kedaulatan dan pergelutan sempadan, sudah pasti kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang isu keselamatan sempadan dan kedaulatan negara terutamanya dalam dunia tanpa sempadan globalisasi.

Tiada kompromi dalam soal keselamatan terutamanya di Sabah.

Oleh itu, saya berbincang dan merayu pihak Kerajaan Pusat untuk sentiasa meletakkan keselamatan siber sebagai keutamaan dalam memastikan pelaksanaan dan pembinaan 5G ini berjalan lancar.  Untuk pelancaran 5Gnya, Kerajaan telah menggunakan pendekatan yang agak baru dan berbeza dengan pendekatan terdahulu.

SKMM telah menggunakan strategi untuk mewujudkan entiti negeri baharu yang dipanggil Digital Nasional Berhad (DNB), yang akan memiliki sendiri lesen spektrum dan membina infrastruktur rangkaian fizikal. Ini berbeza dengan langkah untuk membenarkan pelbagai syarikat telekomunikasi yang berbeza membida pembangunan spektrum 5G secara persendirian.  Syarikat telekomunikasi Malaysia kemudiannya akan membayar DNB untuk memanfaatkan rangkaian ini. dengan kata lain, DNB akan menjadi pemborong nasional untuk semua akses 5G di Malaysia.

Terdapat beberapa manfaat yang akan diperoleh melalui cara ini. Yang pertama ialah soal kos, di mana teknologi seperti 5G mendapat manfaat daripada skala ekonomi dan penyelarasan yang ketat. Jika lima syarikat telekomunikasi berasingan semuanya membina rangkaian 5G mereka sendiri, kosnya akan lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih lama.

Kawasan pedalaman terutamanya Sabah dan Sarawak akan melalui kesukaran untuk mendapat akses pembangunan yang adil berikutan tiada “nilai komersial” kepada syarikat telekomunikasi yang membangunkan perkhidmatan berorientasikan keuntungan.

Dengan DNB bertindak sebagai badan penyelaras untuk rangkaian nasional tunggal, mereka boleh mendapatkan kontraktor 5G untuk membida antara satu sama lain dan menjimatkan wang. Menurut unjuran kerajaan, DNB boleh membina satu rangkaian nasional untuk 16.5 bilion ringgit termasuk perbelanjaan korporat dan operasi. Jika syarikat telekomunikasi melakukannya sendiri, kerajaan menganggarkan ia boleh menelan kos sehingga 35 bilion ringgit.

Paling utama, seperti yang disebut adalah soal keselamatan sempadan, dan geopolitik. Rangkaian telekomunikasi nasional sangat berpolitik, dan peranan pemilikan asing dan teknologi asing boleh menjadi sangat kontroversi. Dengan membina dan mengendalikan rangkaian DNB, dan mengekalkan kawalan ke atas spektrum 5G, kerajaan memastikan aset negara yang kritikal ini kekal di bawah pengawasan ketat.

Tiada lagi pembangunan berorientasikan Keuntungan

Syarikat telekomunikasi Malaysia, sebaliknya, tidak begitu melihatnya dengan cara ini. Sudah pasti pembinaan yang dilakukan oleh syarikat milik kerajaan ini mendapat tentangan daripada peneraju industri telekomunikasi termasuk peneraju Malysia. Kebimbangan utama adalah jelas: mereka akan bergantung sepenuhnya kepada pihak ketiga, DNB, untuk akses kepada infrastruktur rangkaian kritikal.

Di samping itu, DNB juga menghalang syarikat telekomunikasi Malaysia daripada membida dan memegang lesen spektrum 5G yang kemudian boleh dimanipulasi dalam aspek tawaran harga kepada pengguna. Dengan adanya DNB, ia akan menjadikan lesen sedia ada yang mereka dipegang oleh syarikat telekomunikasi kurang bernilai.

Pada tahun 2020, sebagai contoh, Maxis menyenaraikan 11.5 bilion ringgit ($2.7 bilion) dalam aset tidak ketara, kebanyakannya daripada lesen spektrum 3G dan 4G yang dimilikinya. Memandangkan syarikat tidak boleh membida ruang spektrum 5G, dan kerajaan memaksa pengendali untuk beralih daripada frekuensi spektrum lama yang telah mereka miliki seperti 3G & 4G dan menambah baik status perkhidmatan sedia ada. Ini adalah situasi yang akan memberi kemenangan kepada pengguna, iaitu rakyat.

Pada dasarnya, pembinaan satu rangkaian borong nasional oleh syarikat milik kerajaan akan memberi kelebihan kepada rakyat berbanding dengan pembinaan secara piecemeal oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi usaha ini tidak bersifat bersendirian dan akan menjadi tanggungjawab tunggal kerajaan. Oleh itu, SKMM perlu memastikan syarikat telekomunikasi untuk mengambil bahagian dan melakukan memastikan kawal dari aspek kualiti perkhidmatan dan tawaran harga  adalah mendahulukan rakyat.

Soalnya, adakah syarikat telekomunikasi ini benar-benar memperjuangkan pembangunan 5G atas kepentingan rakyat, atau poket mereka semata-mata.

Semakan harga menunjukkan Maxis mengenakan bayaran antara RM35 hingga RM60 untuk kelajuan antara 5Mbps dan 24Mbps untuk perkhidmatan internet tanpa had. Digi, sebaliknya, mengenakan bayaran antara RM45 dan RM105 untuk kelajuan jalur lebar antara 25GB dan 100GB sebulan, manakala harga Celcom antara RM38 hingga RM58 sebulan untuk kelajuan sehingga 6Mbps sahaja.

Perkhidmatan yang paling disyorkan, Unifi, mengenakan caj dari RM89 kepada RM349 untuk kelajuan antara 30Mbps hingga 800Mbps. Walau bagaimanapun, kebanyakan penduduk bandar dan mereka yang tinggal hanya di pinggir perbandaran utama Sabah mendakwa bahawa mereka tidak mengalami kelajuan yang dipromosikan oleh ISP.

Bayangkan, dengan harga yang ditawarkan, kebanyakan kawasan di Sabah, hanya berupaya memperoleh kelajuan 5Mbps, yang hanya cukup untuk menikmati video YouTube berkualiti rendah. 5Mbps tidak mencukupi untuk hotspot. Tidak ada gunanya mendapatkan kelajuan yang lebih tinggi jika anda tinggal di kawasan yang sambungannya rendah.

Ini lah penderitaan yang dilalui berikutan pembangunan teknologi 2G hingga 4G terdahulu adalah berorientasikan keuntungan. Rakyat Sabah, membayar kos yang sama dengan mereka yang tinggal di kawasan bandar utama namun perlu menanggung capaian yang hanya cukup-cukup makan.

5G, sebagai teknologi generasi akan datang dalam teknologi mudah alih, dijangka menjadi agen perubahan yang akan mengubah cara hidup pengguna, perusahaan dan masyarakat secara amnya. Untuk kita bergerak maju sebagai sebuah negara berteraskan digital, teknologi ini perlu menjadi kedua-duanya evolusi dan revolusioner.

Kelebihan utama 5G, berbanding 4G, antaranya kelajuan transmisi yang lebih baik (hampir 15 atau 20 Gbps), di samping keupayaan untuk menyediakan sambungan yang disesuaikan dengan keperluan pengguna terutamanya di kawasan luar bansar.

Seperti yang dibincangkan dalam kajian GSMA baru-baru ini, adalah penting untuk menerima pakai  pendekatan neutral teknologi dan untuk melaksanakan rangka kerja kawal selia yang fleksibel, bagi membolehkan negara memanfaatkan sepenuhnya 5G. Ini sekaligus akan menggalakkan pelaburan dan pada masa yang sama melindungi pengguna.

YB Dato’ Sri Dr Ruddy Bin Awah
Pembantu Menteri Saints, Teknologi dan Inovasi Sabah

Related Articles

253FansLike

Latest Articles