Kerajaan GRS, Kerajaan Persekutuan Kini “Fokus” Atasi Masalah PTI di Sabah

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Menteri Dalam Negeri, Dato Sri Hamzah Zainudin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Di Sabah (JKPWAS – INDUK) di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Panglima Haji Sr Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof dan Setiausaha Hal Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan (PHEDNP), Datuk Haji Awang Shahminan Bin Datuk Ag. Sahari.

Sebelum ini, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi komitmen untuk meneruskan usaha mencari penyelesaian terhadap masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu yang sehingga kini belum ada penamat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles