KOTA KINABALU: Pasukan Malaga Mix muncul juara Karnival Bola Sepak Armada 9 Sebelah Tertutup bagi merebut Piala Datuk Japlin Akim Sabah di Astaka Pirasa, Kota Belud pada Selasa.
Pasukan Bukit Bendera pula dinobatkan sebagai naib juara manakala pasukan Saga Spiritz dan Bros Team masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.
Haiqal Gaban pula dinobatkan sebagai pemain terbaik manakala penjaring terbanyak milik Saiful Sabli.
Penghormatan gol terbaik berpihak kepada Saga Spiritz manakala pasukan terbaik Saga Spiritz dan Pasukan Harapan Remaja Pirasan.
Sebanyak 12 pasukan telah menyertai perlawanan bola sepak Karnival Bola Sepak Armada 9 Sebelah Tertutup itu.
Ketua bahagian Bersatu Kota Belud, Datuk Japlin Akim berkata golongan belia perlu membuat perubahan untuk masyarakat dan negara tetapi mereka perlu memastikan apa yang dilakukan itu menjadi sesuatu yang membawa kebaikan dan meminta mereka melakukan perubahan dengan cara yang produktif dan membina.
Â
Japlin turut menyeru golongan belia supaya melibatkan diri dalam aktiviti sukarela kerana ia akan menyumbang kepada karakter, identiti dan prospek masa depan mereka.
Â
Golongan belia disarankan agar terus bergerak secara aktif dalam persatuan bagi memantapkan jati diri dan menimba pengalaman luas tentang kepimpinan di sesebuah organisasi. usaha berkenaan harus diberi penekanan secara berterusan bagi memastikan golongan belia dapat memanfaatkan faedah dalam persatuan yang disertai mereka, ujarnya.
Â
Beliau mahu golongan belia sentiasa peka dan turut serta dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Â
”Kita mahu agar golongan belia dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam aktiviti berpersatuan kerana ia bukan sahaja dapat mendedahkan mereka dengan ilmu pengetahuan, tambahnya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Karnival Bola Sepak Armada 9 Sebelah Tertutup di Astaka Pirasa, Kota Belud kelmarin.
Turut hadir sama Ketua Pusat Daerah Mengundi Pirasan Syahrul Hajat, Ketua Srikandi Bersatu Kota Belud, Hasrina Datuk Golkhan, Setiausaha Bahagian Bersatu Kota Belud Liasin Kaloh serta ahli jawatankuasa Armada Pirasan. Kejohanan ini telah diadakan selama dua hari bermula 5 Februari hingga 6 Februari lalu.
Antara pasukan yang menyertai Bola Sepak Armada 9 Sebelah ialah Bro’s Team, Coloumbia X, Melaga_Mix, Remaja Pirasan, Muahjadah United, Bukit Bendera, Armada Fc, Armada Pirasan, Gudang Fc, Osaka, Saga Spiritz dan The Retriment. Karnival tersebut merupakan anjuran Armada Pirasan.
Menurut Japlin lagi belia merupakan pemimpin pelapis dalam menentukan masa depan negara, belia perlu diberikan satu medium dalam persediaan untuk memimpin negara bermula sekarang dan masa depan, katanya.
Â
Beliau percaya sukan merupakan salah satu kaedah terbaik untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat dan pada masa yang sama menjadi medium terbaik untuk menerapkan semangat Malaysia Baharu.
Â
“Saya berpendapat aktiviti sukan dan riadah merupakan pendekatan terbaik bagi golongan muda . untuk merapatkan hubungan sesama mereka tanpa mengira warna kulit dan agama,” tambah lagi.