ESSCOM Patahkan Kegiatan Kumpulan Ajaran Wali Tujuh di Pantai Timur Sabah

LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya mematahkan kegiatan Kumpulan Ajaran ‘Wali Tujuh’ di pantai timur Sabah atau ESSzone.

Komander ESSCOM DCP Hamzah Ahmad
yang mengesahkan perkara itu berkata
ini berikutan tertangkapnya tiga individu yang merupakan pendatang tanpa izin (PTI) bagi membantu siasatan lanjut oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan ajaran meragukan “Wali Tujuh.”


Beliau berkata mereka diberkas dalam satu serbuan yang dilancarkan pada Selasa (1 Februari 2022) di sebuah rumah pekerja Ladang Bukit Kertam, Kota Kinabatangan.

“Hasil pemeriksaan ke atas individu-individu terbabit mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah di bawah seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

“Beberapa barang peribadi milik salah seorang individu terbabit antaranya kalendar putikaan, pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal telah dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah berkata berdasarkan risikan awal, kumpulan itu diketuai seorang guru dengan dibantu dua individu dan mula bergiat aktif sejak tiga bulan lalu.

Katanya kumpulan itu turut mengajar ilmu batin dan kebal yang telah berkembang pantas dan menarik minat penyertaan pekerja ladang khususnya warga asing di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan.

Menurut Hamzah berkata kumpulan tersebut dipercayai mempunyai seramai 20 orang pengikut terdiri daripada warga asing yang merupakan pekerja ladang di sekitar daerah itu.

Berikutan itu, beliau berkata ESSCOM menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran atau dakyah baharu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat setempat.

Hamzah berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana- mana individu dan kumpulan yang sengaja mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan di ESSZone.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles