GLC, agensi kerajaan contohi pentadbiran Kumpulan Sawit Kinabalu

KOTA KINABALU: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan disaran mencontohi pentadbiran Kumpulan Sawit Kinabalu yang dilihat berjaya selepas kurang dari setahun diambil alih oleh Pengarah Urusannya, Datuk Bacho Jansie.

Advertisements

Presiden Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Datuk Fadli Fathullah berkata, perkara itu dapat dilihat selepas menyertai lawatan program Sawit Kinabalu di Cawangan Sandakan baru-baru ini.

“Lawatan Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Jansie ke Cawangan Sandakan telah membuka mata masyarakat apabila semasa pentadbirannya menunjukkan perjalanan Sawit Kinabalu melonjak naik kurang dari setahun selepas di bawah pentadbirannya.

“Pihak kami yang turut menyertai lawatan itu melihat aspek kebajikan dan masalah pekerja diambil berat selain kenaikan pangkat serta gaji sehingga 70 peratus kepada kakitangannya.

“Ini menunjukkan bahawa pentadbiran seperti ini perlu dijadikan contoh kepada semua pihak untuk membangunkan lagi sektor ekonomi kerana tidak pernah kita dengar pekerja diberikan bonus sehingga lapan bulan gaji,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, ini sudah tentu menarik perhatian pelbagai pihak dan sepatutnya perkara ini diserap kepada semua agensi.

“Pentadbiran sebegini perlu diserapkan kepada semua pihak agar mencontohi sistem pentadbiran ekonomi sebegini mampu melonjakkan ekonomi negeri ini.

“GLC atau agensi-agensi kerajaan harus mencontohi platfotm pentadbiran Sawit Kinabalu demi masa depan ekonomi negara dan seterusnya berkembang dengan lajur selaras dengan misi Sabah Maju Jaya,” katanya.

Tambah Fadli lagi, dalam keadaan kegawatan ekonomi akibat pandemik Covid-19, Kumpulan Sawit Kinabalu mampu membuat perubahan besar dan melonjakkam ekonomi begitu drastik.

“Ini adalah satu pencapaian luar biasa. Semoga sabah akan mendapat ramai lagi golongan seperti beliau dalam membangunkan ekonomi di negeri ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles