Tiga Lelaki Maut Dalam Kemalangan di Jalan Lintas Sibuga

SANDAKAN: Tiga lelaki dewasa maut apabila kereta yang dinaiki terbabas di Jalan Lintas Sibuga dekat sini pagi tadi.

Advertisements

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung berkata ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pegawai kesihatan yang bergegas ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX terbabas sendiri di bahu jalan.

“Dua mangsa dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent,oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba, manakala seorang mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba, seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jimmy berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.40 pagi dan sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian kira 9km dari balai.

Identiti mangsa belum dikenalpasti.

Ehsan Bernama Sandakan

Related Articles

253FansLike

Latest Articles