700 pelajar terima bantuan beg, peralatan sekolah daripada Ketua Menteri Sabah

TUARAN: Seramai 700 pelajar sekolah rendah di sini menerima bantuan beg dan peralatan sekolah dibawah Program “Back To School” daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Dewan Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, hari ini.
Program itu adalah anjuran bersama Yayasan Kebajikan Sabah, Jabatan Ketua Menteri dan Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran.
Hajiji berkata, para penerima bantuan beg dan peralatan sekolah itu terdiri daripada golongan kurang mampu yang terkesan akibat COVID-19 dan mereka dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran.
“Dengan bantuan itu, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa pelajar berikutan sesi persekolahan akan dibuka mulai esok (10 Januari 2022).
“Bantuan ini juga selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang antara lain memberi fokus kepada modal insan dan kesejahteraan rakyat”, katanya.
Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles