KKR Sabah Nasihatkan Rakyat Tidak Dirikan Rumah, Bangunan Di Tepi Jalan Raya

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KINABATANGAN : Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah menasihatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mendirikan rumah atau bangunan sewenang-wenangnya di tepi jalanraya bagi memberi ruang kepada pelebaran imfrastruktur itu pada masa depan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin , berkata apabila trafik pengangkutan semakin meningkat pada masa depan di sesuatu kawasan akan memerlukan usaha pelebaran jalan demi keselesaan pengguna.

“Rizab jalan tidak boleh diduduki…jika mereka (rakyat) faham, seharusnya mereka bina rumah jauh sikit dari jalanraya.

“Apabila rumah yang dibina cantik, kos (pampasan) bukan dikira mengikut harga rumah itu, tetapi mengikut kemampuan kerajaan,” katanya selepas menghadiri taklimat mengenai pembangunan infrastruktur jalanraya dan bekalan air di Kinabatangan di pejabat Daerah Kinabatangan di sini kemarin

Bung Moktar berkata demikian ketika menjelaskan perkembangan Projek Pembinanan Lebuhraya di Kinabatangan.

Beliau berkata kira-kira 50 rumah telah dikenalpasti untuk diarah berpindah bagi memberi laluan kepada projek itu.

Katanya, penduduk rumah berkenaan perlu berpindah dan kerajaan telah menyediakan tanah untuk mereka membina semula rumah mereka di sekitar Kota Kinabatangan.
Bung Moktar turut memberitahu terdapat projek pembinaan jalanraya yang sedang dan akan dibuat di Tongod, antaranya jalanraya yang akan menghubungkan Linayukan di Tongod dan Sinaron di Keningau bernilai RM320 juta dan bakal dilancarkan dengan majlis pecah tanah selepas sambutan Aidilfitiri tahun ini.

“Dengan adanya rangkaian jalanraya yang diaspal dan dibina dengan baik ini, sudah tentu akan menjadi pemangkin kepada ekonomi sekitar dan ianya boleh menghubungkan daerah Ranau, Kota Kinabalu, Kinabatangan dan Pensiangan,” katanya.

Dalam rangka kerjanya ke Kinabatangan itu, Bung Moktar turut meninjau sebuah rumah yang terkesan dengan tanah runtuh milik Rosanh Tial 5i di kampung Warisan akibat hujan lebat pada malam tahun baharu. Runtuhan tersebut membabitkan lantai dapurnya yang mengalami mendapan, seterusnya struktur di bahagian rumah itu turut rosak.

Selain itu Bung telah meninjau cadangan menaik taraf jalan kampung Sungai Rotan, Loji Rawatan Air kampung Paris dan Paris tiga selain meninjau jalan runtuh di kampung Segaliud.
Mengulas program turun padang beliau bersama pegawai-pegawai dari KKR Sabah Bung berkata ianya merupakan satu pendekatan untuk meninjau perkembangan pembangunan yang sudah dilaksanakan selain melihat keperluan pembangunan yang lain serta masalah yang dihadapi oleh rakyat untuk diajukan kepada pihak yang berkenaan agar tindakan segara untuk menanganinya dapat dilakukan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles