Usaha dibuat selesaikan isu tanah penduduk Kg. Montoki

RANAU, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang menghadiri satu sesi dialog di antara penduduk Kg Montoki, Kundasang dengan Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan Pejabat Daerah Ranau di sini pada pagi Rabu.

Sesi dialog tersebut membincangkan permasalahan tanah penduduk Kampung Montoki yang melibatkan 34 keluarga.

Ia berkenaan tanah penduduk kampung yang telah diberikan kepada Koperasi Pembangunan Desa (KPD)/ Desa Cattle (S) Sdn. Bhd yang mana dibantah oleh penduduk kampung sejak dari dahulu lagi.

“Kita akan mencari cara yang terbaik untuk membantu penduduk Kampung Montoki dan menyarankan kepada PPHT menyelidiki secara mendalam permintaan terhadap bantahan penduduk kampung,” kata Dr. Joachim.

Turut hadir dalam sesi dialog berkenaan ialah Ketua Anak Negeri, Andrew Jaibi dan Dominic Ghani; Ketua Kampung Montoki, Ruhatin Duari; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Samsuri Sharif; serta kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles