Kerajaan Sabah Kaji Semula Strategi Hadapi Banjir Luar Biasa Akibat Perubahan Iklim

KOTA MARUDU: Kerajaan Sabah akan mengkaji semula strategi bagi menghadapi bencana banjir luar biasa akibat perubahan iklim.

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata kajian itu penting memandangkan kebelakangan ini negeri ini, termasuk di Kota Marudu terkesan fenomena luar biasa yang mengakibatkan banjir luar biasa.

Oleh itu, katanya kerajaan perlu mengkaji semula strategi bagi memperkemaskan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Dr Jeffrey berkata demikian selepas menghadiri taklimat oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah berkaitan banjir dan projek di sini pada Khamis.

Menurutnya terdapat empat sungai yang biasa mengakibatkan banjir di daerah berkenaan.

Katanya kementeriannya melalui JPS akan memastikan perparitan ke sungai berkenaan tidak tersumbat, sekali gus meminimakan kebarangkalian berlakunya banjir kilat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles