TAWAU: Komander ESSCOM DCP Hamzah Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dr. Jamaluddin Mohd Ali turun padang melawat Pos-Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Sebatik, dekat sini pada Selasa.
Lawatan tersebut, antara lain, bertujuan melihat sendiri kesiapsiagaan anggota dan keperluan infrastruktur asas bagi pasukan keselamatan di kawasan perairan ESSZone.
Terdahulu, Komander dan CEO ESSCOM telah meninjau pos keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia berdekatan Sg. Aji Kuning dan Sg. Melayu, Pulau Sebatik.
Antara pos-pos kawalan yang dilawati itu ialah Pos PGA Sg. Melayu, Pos PGA Burs Point, dan Pos PGA Walace Bay
Turut serta lawatan tersebut pegawai-pegawai kanan daripada ESSCOM, Malaysia Maritime Command Center (MCC), APMM Zon Maritim Tawau dan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.