KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memperbaharui tekad untuk terus berbakti kepada rakyat.
“Selagi mana perkhidmatan saya diperlukan.
“Saya akan terus melangkah dan terus berbakti kepada yang memerlukan,” katanya dalam catatan terbaharu sempena Tahun Baharu 2022 di Facebook.
Beliau yang ADUN Usukan berkata banyak perkara yang telah berlaku dalam tahun ini.
Menurut Salleh, perjalanan masih jauh dan perjuangan masih belum selesai.
“Saya berterima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam perjalanan ini,” katanya.
Beliau yang kini menunaikan ibadah umrah mengucapkan “Selamat Tahun Baharu” kepada rakyat khususnya di DUN Usukan, Kota Belud.