Mastini Lampangau Juara Gimpuhut Momogun 2021

KOTA KINABALU: Mastini Lampangau, 20, yang mewakili daerah Kudat, berjaya merangkul gelaran Gimpuhut Momogun 2021. Mastini meraih juara selepas menewaskan 21 peserta di peringkat akhir Pertandingan Gimpuhut Momogun (MGM) sempena Pesta Magahau Peringkat Negeri Sabah 2021 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru ini. Gadis berketurunan Rungus yang kini menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Pendidikan itu ternyata berjaya memikat hati juri dengan keayuan dan kepetahan berkomunikasi. Mastini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, mahkota, sash, piala dan bunga serta tiket penerbangan ke luar negara. Mastini berkata, kemenangan yang diperolehi itu membawa erti yang amat besar kepada dirinya dan keluarga. Katanya, ia juga sekaligus memberi peluang kepada dirinya untuk memperkenalkan budaya Sabah kepada negara luar. Sementara itu Serin Armatia, 19 dari daerah Matunggong muncul sebagai Naib Juara. Manakala Arnny Wastey Dagit yang mewakili daerah Labuan mendapat tempat ketiga. Dalam pada itu, dua wakil Gimpuhut Momogun yang mewakili daerah Matunggong dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing meraih naib juara dan tempat ketiga. Naib johan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala dan bunga,manakala tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM2,000 bersama Piala dan Bunga. Peserta lain yang layak mendapat tempat keempat hingga ketujuh dalam pertandingan ini termasuklah Welfrin Afrina Masambun, Prissca Loanna Hendry, Suzianah Johnny dan Winichelen Wongkin. Sementara itu, dalam acara Momogun Model Of Ther Year 2021dimenangi oleh Cheryll Dionne Noelle Bachi. Tempat kedua dimenangi oleh Deveygrayc Justin dan tempat ketiga dimenangi Abigail Paul Makajil. Manakala bagi acara Monurizak Magahau (nyanyian) dimenangi oleh RS Aldermaye Robit yang mewakili daerah Kudat. Beliau yang membawa lagu Nunuk Ragang berjaya menarik hati juri bagi mengatasi pemenang tempat kedua yang dimenangi Leffih Sawat, 34, yang menyanyikam lagi Samod Dit Ondu. Manakala Joshua Eleazar, 31, yang membawa lagu Samod Dit Ondu berjaya merangkul tempat ketiga menewaskan peserta lain.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles