Kerajaan Komited Bela Nasib Petani, Peladang, Penternak, Nelayan Seluruh Negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan memandang serius terhadap masalah para petani, peladang, penternak dan nelayan, terutama golongan B40 yang memiliki tahap pengeluaran berskala kecil dan sering terdedah kepada risiko pengeluaran.

Advertisements

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Dr Ronald Kiandee berkata antara risiko itu ialah bencana alam seperti banjir, perubahan cuaca dan iklim, serangan wabak penyakit dan haiwan perosak serta risiko ketidakstabilan harga pasaran yang menjejaskan punca pendapatan mereka.

Ketika ini, katanya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan kerjasama Agrobank sedang mewujudkan satu skim perlindungan khusus berlandaskan prinsip shariah yang dinamakan sebagai Skim Perlindungan Takaful Agromakanan.

Ronald berkata ini bagi memenuhi keperluan komuniti agromakanan yang mengalami ketidaktentuan punca pendapatan akibat bencana alam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Dato Jefridin Atan pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Ronald berkata Skim perlindungan takaful itu akan menawarkan pakej perlindungan dengan caruman premium tahunan pada kadar yang rendah dan berpatutan serta penyediaan pampasan yang sewajarnya kepada semua petani, peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara termasuk daripada golongan B40 yang berskala kecil.

Pada peringkat permulaan ini, Skim Perlindungan Takaful Agromakanan berkenaan akan dilaksanakan menerusi inisiatif swasta yang akan dipelopori oleh Agrobank.

Katanya Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan pembangunan model perniagaan baharu Agrobank yang meliputi penawaran Skim Perlindungan AgroTakaful.

Bagi memastikan kelancaran penawaran skim itu, katanya Agrobank kini sedang menunggu keputusan lanjut daripada Bank Negara Malaysia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles