Kelulusan RUU pindaan Perlembagaan 2021 beri impak besar kepada rakyat Sabah

KOTA KINABALU: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 di Parlimen semalam akan memberi impak besar kepada rakyat Sabah terutama dalam pembangunan ekonomi negeri ini.

Ketua Gerakan Pemuda Belia Wilayah Sabah, Asmey Ruddy berkata, ia adalah berita gembira kepada rakyat Sabah dalam usaha melaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63).

“Pelaksanaan ini sudah tentu akan memberi impak yang besar sekali gus dapat memberi pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah.

“Perkara ini sudah tentu akan memberi impak kepada generasi akan datang dalam usaha membentuk Sabah lebih maju dan pantas dalam pembangunan ekonomi rakyat di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Sabah terus memberi sokongan kepada kerajaan hari ini demi membentuk rakyat Wilayah Sabah selaras dengan misi kerajaan Sabah Maju Jaya.

“Tahniah kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga dan seluruh pimpinan kerajaan di atas pencapaian dua pertiga RUU di Parlimen,” katanya.

Terdahulu, dalam RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Parlimen melalui undian belah bahagi pada bacaan kedua dan ketiga.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles