Baiki Segera sistem perparitan di Silam

LAHAD DATU: Sistem perparitan di Silam digesa supaya dibaiki segera supaya dapat berfungsi dengan baik sekali gus mengelak daripada berlakunya banjir kilat di kawasan itu.

Advertisements

Gesaan itu dibuat oleh Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas menerima aduan berhubung keadaan banjir kilat yang berlaku di kawasan Silam, di sini, pada malam Isnin lalu.

Presidennya, Datuk Fadli Fathullah berkata, pihaknya ada berhubung dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

“Saya dimaklumkan bahawa mungkin disebabkan air pasang ketika itu ditambah pula sistem perparitan tidak baik.

“Difahamkan, sistem perparitan hanya terhad kepada kawasan permukaan jalan raya dan ‘row’ saja. Keberkesanannya bergantung kepada paras air di parit Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan sungai-sungai berdekatan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, dimaklumkam paras air sungai yang tinggi akibat hujan lebat dan paras air yang tinggi menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan itu.

Sehubungan itu, Fadli berkata, sistem perparitan perlu diperbaiki bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Pihak NGO meminta supaya tindakan¬† diambil dengan segera dengan menambah baik sistem perparitan supaya ia berfungsi dengan baik,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial keadaan laluan kawasan Silam ditenggelami banjir kilat disebabkan hujan berterusan pada Isnin lalu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles