Parlimen Putatan Hos Program Jualan Keluarga Malaysia Pertama Peringkat Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Program Jualan Keluarga Malaysia pertama peringkat negeri Sabah yang menawarkan barangan murah dengan potongan harga sehingga 20 peratus dilancarkan di kawasan Parlimen Putatan hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abas berkata program yang bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari itu antara lain bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama pengguna dari kalangan berpendapatan rendah.

Mengikut perancangan, beliau berkata program itu bakal diadakan di kesemua 25 kawasan Parlimen di negeri ini, bermula di Parlimen Putatan.

Georgie berkata Program Jualan Keluarga Malaysia itu diadakan dua kali sebulan di kesemua kawasan Parlimen tersebut dalam tempoh tiga bulan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perjalanan Program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan di Perkarangan Majlis Daerah Putatan.

Georgie berkata program tersebut turut disertai FAMA, LKIM, KPD dan gedung pasaraya Bataras.

Katanya Program Jualan Keluarga Malaysia menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles