Pasukan Bolasepak Zon Pantai Barat Selatan Terima Tajaan Jersey

KOTA KINABALU: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Encik Sani Haji Miasin yang juga Pengurus Pasukan Bolasepak SAFA Zon Pantai Barat Selatan menerima sumbangan 2 set jersey bolasepak daripada Pengarah Urusan Pemborong Sri Lukutan, Sipitang, Encik Yeo Chien Lun (kiri) pada majlis penyerahan sumbangan itu di pejabatnya di Sipitang, hari ini.

Pasukan Bolasepak Zon Pantai Barat yang mewakili SAFA Daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Membakut akan menyertai Pertandingan Bolasepak Piala Presiden SAFA, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin Antara Zon Peringkat Sabah tahun 2021 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 26 hingga 28 November 2021.

Sani mewakili pasukan itu mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang turut tampil membantu pasukan bolasepak Zon Pantai Barat, antaranya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr.Yusof Yakob, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun, Ahli Parlimen Sipitang, Haji Yamani Hafez Musa, SBM Development Group, Noble Nautical Sdn.Bhd, Hong Lai Development Sdn.Bhd, Syarikat Kim Teck Chong dan JD Enterprise.

Turut hadir pada majlis penyerahan tajaan itu ialah Ketua Jurulatih. Encik Abdullah Awang Adi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles