Industri Tuna Berpotensi Dimajukan di Sabah, Labuan – Ronald

W.P. LABUAN — Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan sesi libat urus bersama dengan pihak berkepentingan sektor perikanan laut dalam terutama di Sabah dan Labuan pada Ahad.
Sesi libat urus ini dihadiri oleh 60 orang yang terdiri dari nelayan, pengusaha laut dalam, pemain industri perikanan laut dalam, pengilang dan pemproses ikan beku, serta Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Tujuan utama sesi libat urus ini diadakan adalah bagi mendapatkan input-input penting daripada semua pihak yang berkepentingan berkaitan tuna sebagai langkah penyediaan perancangan kearah kemajuan industri tuna tempatan.
‘Industri perikanan tuna ini mempunyai potensi yang besar sebagai sumber kekayaan baharu negara untuk dikembangkan di Sabah dan Labuan yang juga selaras dengan transformasi dan pembangunan sektor perikanan yang menyeluruh di bawah Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0),’ kata Dr Ronald.
Menteri MAFI juga telah menyeru pelabur dan pemain industri sedia ada untuk membuka kilang dan mengusahakan vesel tuna, serta menjadikan Labuan sebagai Hab Tuna untuk pasaran ke Semenanjung Malaysia dan luar negara.
“Kerjasama antara Kerajaan dan pihak swasta adalah amat penting bagi memastikan pembangunan industri tuna terus berkembang di negara ini serta dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Dalam hal ini, peningkatan kualiti pasca tuai dan nilai tambah bagi hasilan perikanan tuna akan terus diberi penekanan,” ujar Dr. Ronald kepada para hadirin sesi libat urus.
Tambah beliau lagi, manfaat yang bakal diperoleh tidak hanya terhad kepada aktiviti penangkapan ikan tuna sahaja, tetapi pelbagai perkhidmatan lain di sepanjang rantaian nilai industri tuna boleh dibangunkan seperti pelabuhan, pengangkutan, penyimpanan, pemprosesan dan lain-lain. Ini termasuk produk tambah nilai seperti steak tuna, canned tuna, sate, serunding, keropok kulit tuna dan sebagainya.
Dr Ronald juga berkata kita harus mengambil peluang sebagai negara ahli Indian Ocean Tuna Commission (IOTC) untuk menghantar lebih banyak vesel perikanan menangkap ikan tuna di Lautan Hindi dan menggalakkan lebih banyak vesel tuna mendarat di Malaysia.
“Kerajaan juga berhasrat untuk menyertai satu (1) lagi organisasi pengurusan perikanan antarabangsa yang menguruskan sumber tuna di sebelah Lautan Pasifik iaitu Western and Central Pacific Fisheries Commission (WCPFC) selain daripada IOTC yang telah Malaysia sertai sebelum ini sejak 1998,” tambah Dr Ronald.
Jelas beliau lagi, dengan penyertaan dalam WCPFC, Malaysia boleh merancakkan industri tuna, meningkatkan lagi hasil pendaratan tuna dan seterusnya membangunkan industri laut dalam dan tuna dengan meningkatkan pendaratan sektor perikanan dan jaminan sekuriti

Advertisements

makanan negara serta menggalakkan penglibatan pengusaha industri laut dalam dan tuna di sepanjang rantaian industri tuna.
Sehingga Oktober 2021, sebanyak 20 buah vesel tuna iaitu 19 buah vesel penangkapan ikan tuna dan sebuah vesel carrier tuna telah dilesenkan dan sudah beroperasi di Lautan Hindi manakala 1 lagi vesel penangkapan ikan tuna dalam proses pelesenan dan dijangka dilesenkan pada hujung tahun ini. Kerajaan menggalakkan sehingga 70 buah vesel penangkapan ikan tuna berbendera Malaysia beroperasi di Lautan Hindi menjelang tahun 2030. Ini adalah bagi membolehkan kuota pendaratan ikan tuna oleh Malaysia di Lautan Hindi sebanyak 30 ribu tan metrik tercapai.
Dalam sesi libat urus yang sama, Dr Ronald juga telah menyerahkan sijil Dolphin-Safe Certification kepada Syarikat Fajar Arenaniaga Sdn. Bhd. yang berjaya membuktikan bahawa penangkapan tuna di Lautan Hindi memenuhi keperluan antarabangsa yang ditetapkan oleh Earth Island Institute, International Marine Mammal Project, California, USA.
YB Menteri MAFI juga telah menyerahkan Authorization to Fish (ATF) kepada Syarikat Asia Tank Tuna Sdn. Bhd. yang baharu sahaja berjaya mendapatkan lesen bagi satu (1) vesel tuna Zon C3 pada bulan Oktober 2021. ATF ini adalah sebagai kebenaran kepada vesel tuna berbendera Malaysia yang beroperasi di Lautan Hindi.
Selain itu, Dr Ronald turut menyampaikan watikah pelantikan myKomuniti Perikanan (myKP) kepada 5 ahli Renjer Taman Taman Laut W.P. Labuan untuk membentuk nilai kesedaran berhubung kepentingan pengurusan sumber perikanan setempat dan menggunakan peluang rangkaian ekonomi perikanan bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti perikanan.
Selesai sesi libat urus, Dr Ronald turut meluangkan masa melawat Labuan Food Industries Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan yang menjalankan perusahaan ikan sejuk beku termasuk penggredan ikan tuna untuk tujuan eskport. Taklimat turut diberikan oleh pihak syarikat berkaitan amalan Zero-Waste atau konsep Farm-to-Plate, iaitu semua hasilan tuna digunakan sepenuhnya dan tidak dibuang. Mereka juga menggunakan sisa tuna untuk dijadikan sebagai baja organik iaitu produk SuperFish untuk tanaman padi serta buah Musk Melon.
Pada hari ini juga, YB Menteri MAFI telah melawat ke Pulau Rusukan Besar yang juga sebahagian daripada Taman Laut Malaysia yang diselia oleh Jabatan Perikanan Malaysia untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.
Turut hadir, YBrs. En. Ahmad Tarmidzi bin Ramly, Ketua Pengarah Perikanan, Setiausaha Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan MAFI, En. Mazlan Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Perikanan, En. Mohd. Mohtar Bin Mahamud, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKIM, En. Kusuadi Bin Sallih dan Pengarah Perikanan Sabah, En. Godfrey Kissey.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles